
Pada hari itu, Sofea dengan kawan Sofea aje yang kanak-kanak manakala yang lain semuanya sudah dewasa.
Tak tahulah berapa ramai yang akan dipilih. Bergantung pada bakat dan kesesuaian watak yang akan dibawakan.
Biaselah, bila satu-satu syarikat penerbitan ingin memulakan "penggambaran" sesebuah filem, mereka akan memberitahu agen-agen Talent House untuk menghubungi pelakon-pelakon mereka untuk menghadiri sesi uji bakat pada masa yang ditetapkan mereka.
Sesi "casting" ini diadakan biasanya, selama dua hingga tiga hari tapi kadang-kadang sampai tempoh yang lama jugalah kalau belum lagi mendapat pelakon yang boleh membawa watak tertentu.
Semasa sesi "casting" itu, Sofea diminta melakunkan pelbagai ekpresi di hadapan kamera, seperti merasa gembira, sedih, terkejut, ketawa dan juga...ahhh! menangis?
Watak menangis ni lah yang susah sikit Sofea nak bawakan. Mana tidaknya...Sofea tak pernah rasa kecewa, kena marah ataupun sedih kerana ibu-bapa Sofea tak pernah marah Sofea.
Anak kesayangan lah katakan. Abang-abang dan kakak-kakak Sofea pun sangat sayang pada Sofea. Semua orang sayang pada Sofea...bestnyaaaaa!
Sofea amat bersyukur mempunyai keluarga yang amat menyayangi Sofea....Alhamdulillah.
Sesi "casting" itu tamat lebih kurang pukul 7 malam dan kami semua pun beredar meninggalkan kawasan sekitar stadium Shah Alam itu.
Sofea amat berharap dapat memegang watak dalam filem tersebut kerana Sofea amat meminati bidang lakonan.
Dapat tak dapat adalah ketentuanNya dan Sofea berdoa agar dipermudahkan perjalanan seni Sofea.
Lagipun, Sofea memang berhasrat untuk berterusan dalam bidang ini sehingga menggondol gelaran "Artis Paling Popular" satu hari kelak.
Mudah-mudahan. Insyallah.
Sofea, mama dan kawannya serta anaknya pun menuju ke Batu 12 Gombak untuk bersama "berpoco-poco" bersama kengkawan di sana, sehingga 3 pagi.
Alamak! Esuk kena sekolah lah...Bye!



No comments:
Post a Comment