ASSALAMUALAIKUM...ni saye nak cerita. Hari itu kan, saye demam. Mungkin pasal asyik keluar malam dengan mama saye, ke Batu 12 Gombak untuk berpoco-poco sampai pagi....sampai tak ingat nak balik.
Tetiba saje kat rumah, badan dah terasa penat sangat.
Heran ye. Masa menari tak terasa pun apa-apa. Menari punya menari, tahu-tahu aje dah pukul 3.30 pagi.
Huh! Lewatnyee...mengantuknyee..nye..nye..nye..
Sampai aje kat rumah terus rebahkan diri atas sofa. penatlah katakan sampai tertidur lena.
Nasib baik dah cuti sekolah selama seminggu, kalau tidak "absent" lah jawabnye.
Esuk bila bangun tidur, kepala dah mula pusing..badan dah mula panas dan kaki terasa lenguh-lenguh. Heh? apa ni?....baru saya sedar saya demam! Dah lama tak demam, tetiba aje terkena balik. Apasal ye? Badan tak sihat ke?
Walau apapun, lepas makan ubat, demam mulai reda namun saya tak dibenarkan keluar rumah sehingga betul-betul sembuh.
Bila bosan, apalagi mainlah facebook. Bila aje login, terpampang banyak "request" untuk berkawan dengan saya. Terkejut ada, terharu pun ada.
Alhamdulillah,,,ramainye kengkawan. Seronoknye dapat kawan-kawan baru. Kalau macam ni gayanya, tak lama lagi, dapatlah "overtake" kakak saya yang punyai ramai kengkawan kat facebook. HeHeHe.
Okaylah setakat ini dulu...bye!
Wassalam.
Sofea @ Kasih Alia
Friday, 28 October 2011
Tuesday, 25 October 2011
CASTING...

Pada hari itu, Sofea dengan kawan Sofea aje yang kanak-kanak manakala yang lain semuanya sudah dewasa.
Tak tahulah berapa ramai yang akan dipilih. Bergantung pada bakat dan kesesuaian watak yang akan dibawakan.
Biaselah, bila satu-satu syarikat penerbitan ingin memulakan "penggambaran" sesebuah filem, mereka akan memberitahu agen-agen Talent House untuk menghubungi pelakon-pelakon mereka untuk menghadiri sesi uji bakat pada masa yang ditetapkan mereka.
Sesi "casting" ini diadakan biasanya, selama dua hingga tiga hari tapi kadang-kadang sampai tempoh yang lama jugalah kalau belum lagi mendapat pelakon yang boleh membawa watak tertentu.
Semasa sesi "casting" itu, Sofea diminta melakunkan pelbagai ekpresi di hadapan kamera, seperti merasa gembira, sedih, terkejut, ketawa dan juga...ahhh! menangis?
Watak menangis ni lah yang susah sikit Sofea nak bawakan. Mana tidaknya...Sofea tak pernah rasa kecewa, kena marah ataupun sedih kerana ibu-bapa Sofea tak pernah marah Sofea.
Anak kesayangan lah katakan. Abang-abang dan kakak-kakak Sofea pun sangat sayang pada Sofea. Semua orang sayang pada Sofea...bestnyaaaaa!
Sofea amat bersyukur mempunyai keluarga yang amat menyayangi Sofea....Alhamdulillah.
Sesi "casting" itu tamat lebih kurang pukul 7 malam dan kami semua pun beredar meninggalkan kawasan sekitar stadium Shah Alam itu.
Sofea amat berharap dapat memegang watak dalam filem tersebut kerana Sofea amat meminati bidang lakonan.
Dapat tak dapat adalah ketentuanNya dan Sofea berdoa agar dipermudahkan perjalanan seni Sofea.
Lagipun, Sofea memang berhasrat untuk berterusan dalam bidang ini sehingga menggondol gelaran "Artis Paling Popular" satu hari kelak.
Mudah-mudahan. Insyallah.
Sofea, mama dan kawannya serta anaknya pun menuju ke Batu 12 Gombak untuk bersama "berpoco-poco" bersama kengkawan di sana, sehingga 3 pagi.
Alamak! Esuk kena sekolah lah...Bye!
Subscribe to:
Comments (Atom)




